Monday, October 10, 2011

Hadits Shahih

HADITS SHAHIH

Setiap orang dari kaum muslimin sudah tentu mengetahui bahawa asas pokok agama Islam sesudah Al-Quranul Karim ialah Al-Hadits, iaitu segala yang di sabdakan, dilakukan atau di ikrarkan oleh Nabi Besar Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam.  Ikrar maksudnya sesuatu yang di kerjakan oleh sahabat Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam dan baginda mendiamkannya saja.

Hadits itu bermacam-macam tingkatnya:
    • Hadits Shahih
    • Hadits Hasan
    • Hadits Dhaif
    • Dan lain-lain lagi
Para 'alim 'ulama Islam bersependapat bahawa hadits-hadits yang di sepekati keshahihannya boleh di jadikan hujjah atau pegangan untuk menentukan sesuatu hukum saperti
    • wajib
    • haram
    • sunnah
    • makruh
    • harus
Kitab-kitab yang hanya memuatkan hadits-hadits shahih sahaja dengan sendirinya dapat di gunakan untuk menetapkan sesuatu hukum agama iaitu: 
    • Shahih Bukhari
    • Shahih Muslim
Kedua-dua  kitab shahih di atas di anggap sebagai seshahih-shahih kitab yang di susun dalam hal hadits Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam.

Semoga Allah meredhai kita  dan bermanfaatlah selama-lamanya.



(Rujukan: Terjemah Hadits Bukhari)